Monday, September 27, 2010


"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku, Ku serahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam"

- Al-An'aam: 162


madah berhelah:-)..

“Janganlah hendaknya KECINTAANanda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi LUPA danKEBENCIAN anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadiHANCUR
- Saidina Umar al-Khatab RA


"Rindu yang kerap diungkapkan, lama-kelamaan mungkin menjadibenci. Cinta yang datang seperti angin, perginya jugak seperti angin. Singgah sekejap dan terus menghilang."

"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"


"Semakin jauh kita berjalan.. semakin dekat dengan kesabaran.. semakin yakin dengan keimanan.. semakin redha dengan kebesaran.. semakin hampir dengan tujuan.. semakin hampir dengan ketentuan.. Asal niat suci dan ikhlas.. ALLAH pasti membalasnya.."


"Setiap malam akan bermula hidup baru, Allah akan menyembuhkan kedukaan lama, setiap perkara pasti ada akhirnya, cukuplah Allah bagiku"


"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."


"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan." 


“Allah sering mempertemukan kita dengan manusia yang tidak kita duga untuk memberi pelajaran dan hikmah kepada kita. Oleh sebab itu, hargailah setiap insan yang pernah hadir dalam hidup kita walaupun dia pernah melukakan hati kita. Kerana tidak ada seseorang pun yang ingin melukakan hati orang yang dia sayangi.”


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

- Surah Al-Baqarah; Ayat 216.


"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan.. Mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar.. Dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'.. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..
"

"Dalam aku mencari redha-Mu Tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku indah dengan nikmat ISLAM.. Tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang TEMAN yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.. Hadirkanlah ia dalam perjalanan hidupku untuk selamanya.."


"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.."
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerana selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap"


"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain." 


"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.."
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.."
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. " 


"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.."
- Pepatah Arab


"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan"
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."


"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."


"Cinta itu abstrak, tak dapat dilihat mahupun diraba. Cinta hanya mampu dirasakan dengan hati yang tulus ikhlas. Mungkin semua orang menganggap cinta tu indah tetapi anggapan itu salah. Cinta memerlukan pengorbanan tulus tanpa mempersoalkan siapakah pemilik cinta tersebut dan kepada siapakah cinta itu diberikan. Dengan pengorbanan itulah nilai cinta boleh diukur samada cinta kerana nafsu ataupun cinta kerana Allah.."


"
Alangkah bodohnya kita, berputar-putar mencari jutaan kata yang indah dan muluk-muluk, kemudian bersusah payah menyusunnya sedemikian halus dan puitis, memakan waktu tidak sedikit, hanya sekadar untuk menyatakan tiga patah kata;
"
aku cinta kepadamu."
- K.Scorpio

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails